Penjagaan Kulit YOUTH Terbaik Dari Shaklee - Kulit Lebih Muda, Jelita Terbukti Secara Klinikal!



Pada bulan Februari yang lalu, shaklee telah memperkenalkan produk penjagaan terbaru iaitu Set Kecantikan YOUTH bagi mengganttikan set kecantikan Nutriwhite dan Enfullse.

Set kecantikan YOUTH akan mula berada di pasaran bermula pada bulan MAC 2018. 


✅ 100% wanita memiliki kulit yang kelihatan lebih muda

✅ 2 daripada 3 wanita mengubah usia kulit mereka kepada 10 tahun lebih muda

Semua produk Youth adalah terbukti
ü  100% Vegan
ü  Hipoallergenik
ü  Non- Comedogenic ( tidak menyumbat liang pori)
     ü Diuji oleh Dermatologi
üDiuji oleh Oftamologi


YOUTH dihasilkan secara KLINIKAL oleh PAKAR KULIT bertaraf dunia.


INDEX USIA KULIT (SKIN AGE INDEX)

Index Usia Kulit (Skin Age Index) adalah alat yang digunakan untuk mengukur penampilan tanda-tanda penuaan kulit dengan data klinikal yang berasaskan fakta. Antaranya ialah :-

  • Kedukatan kulit
  • Tona kulit
  • Tekstur kulit
  • Seri kulit
  • Saiz pori
  • Keanjalan
  • Hiperpigmenatsi
  • Kekenduran
YOUTH UNTUK SIAPA??

Tahukah anda, Youth ni sesuai untuk SEMUA 

Ya.. Youth sesuai untuk
✅ SEMUA lelaki dan perempuan
✅ SEMUA peringkat umur, muda ataupun tua
✅ SEMUA jenis kulit - berminyak, kering, lembap, licin ataupun berjerawat.


LIMA KANDUNGAN UTAMA YOUTH



YOUTH dihasilkan dari gabungan bahan-bahan BOTANIKAL

🍀 Muscadine Grape
Polifenol dari Muscadine Grape melindungi dan membaiki DNA sel dan mengahalang kerosakan kolagen dan elastin

🍀 Lotus Japonicus
Dalam porses paten YOUTH Complex, ia digabungkan dengan Lotus Japonicus bagi mengaktifkan protein YOUTH yang penting untuk penjanaan semula sel bagi memastikan lebih kolagen, elastin dan fibrilin. Ia memberikan nutrient dan tenaga kepada kulit.

🍀 Apple Stem Cell Extract
Ekstrak Apple Stem Cell digunakan untuk mengaktifkan dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit untuk kelihatan lebih muda. Ia juga mengekalkan dan membaiki tisu kulit supaya lebih lembut.

🍀 Schisandra Chinensis Fruit Extract
Ekstrak Schisandra Chinensis Fruit adalah sejenis herba yang digunakan secara tradisional di China, Korea dan Jepun untuk melegakan keradangan dan kegatalan kulit. Ianya sesuai untuk semua jenis kulit, ia menyokong struktur kulit dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksida. 

🍀 Vital Repair + Complex
Memberikan nutrien anti oksida dan vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.


RANGKAIAN PRODUK YOUTH 


LANGKAH 1 : Luminous Gel oil Cleanser

✅ 3-dalam-1, Tanpa sabun, pH-Balanced.
✅ Membersih, menghalus, melembutkan dan menyediakan kulit untuk langkah seterusnya, 
✅ Bahan Utama : Vital Repair+, Muscadine Grape Extract, Extfoliating Green Algea Complec
✅Kandungan : 125 ml







LANGKAH 2: Perfecting Skin Toner
✅ Membersihkan sel kulit mati, menghidrat dan membekalkan nutrisi kepada kulit.
Bahan Utama : Vital Repair+, Muscadine Grape Exctract, Rejuvenating Green Algea Complex.
✅ Kandungan : 177 ml 







LANGKAH 3 : Youth Activating Serum

✅ Mengandungi 10 kali bahan ganda bahan aktif untuk memulakan pembaharuan sel.
✅ Menggalakkan pengahsillan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel menjadikan kulit anda lebih muda.
Bahan Utama : YOUTH Complex with apple Cell, Lotus Japonicus Encapsulated Vitamin A
✅ Kandungan : 30 ml





LANGKAH 4 (Siang) : Age defense Mineral Moisturizer (SPF 50)

✅ Melembap dan melindungi kulit dari sinaran matahari dengan SPF 50 UVA/UVB
✅ Bahan Utama : SPF 50, Vital Repair+, Muscadine Grape Extract 
✅ Kandungan : 50 ml 





Langkah 4 (malam) : Advanced Renewal Night Cream

✅ Menggalakkan proses pembaharuan sel kulit anda semasa tidur.
✅ Meransang penghasilan Kolagen dan Elastin, menjadikan kulit lebih muda, licin dan cerah 
Bahan Utama : Vital Repair+ Complex, Schisandra Chinensis, Lotus Japonicus. 
✅ Kandungan : 50ml 



(Night) : Radiance C + E

✅ Menegang, Mencerah dan mengurangkan garis halus dan kedutan.
✅ Mengurangkan tompok usia (age spots), memperbaiki tona kulit scara keseluruhan 
✅ Single-dose kapsul berasakan tumbuhan, 100% terbiodegradasi dan diformulasi tanpa bahan pengawet.
Bahan Utama : 20%  Pure Vitamin C, Vitamin E, Rasberi.
✅ Kandungan : 60 kapsul




🌟YOUTH LAUNCH PROMO MARCH 2018!!🌟


INTENSIVE TREATMENT AND REPAIR SET

🌼 1) Member Price 20% Discount ( save rm267!)
🌼 2) FREE Shaklee Membership (save rm68.90)
🌼 3) Cash Bonus (RM48) : Shaklee bank-in next month.
🌼 4) FREE Radiance C&E (save RM349.80)
🌼 5) FREE Beauty Bag (save RM50.35)
🌼 6) FREE Postage (save rm10.60)


👍TOTAL SAVE = RM795




STARTER SET (RM720.80) + any Shaklee Products min 16 UV

🌺 1) Member Price 20% Discount ( save rm180!)
🌺 2) FREE Shaklee Membership (save rm68.90)
🌺 3) Get Cash Bonus (RM30) : Shaklee bank-in next month.
🌺 4) FREE 2-Way Magnifying Mirror (save RM29.81)
🌺 5) FREE Postage (save rm10.60)



👍TOTAL SAVE = RM319



DAPATKAN SET YOUTH ANDA SEKARANG!

Bagi yang berminat untuk mendapatkan SET YOUTH pada harga PALING JIMAT, boleh hubungi FATIN(019-4756156)


💗LOOK YOUNGER LONGER💗

AMALAN DAN PETUA UNTUK MUDAH BERSALIN

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera!

Saya doakan semoga semua pengunjung blog Cikgu Fatin di limpahkan rahmat dan dimurahkan rezeki, Aaamin!

Entry kali ni, saya ingin berkongsi mengenai amalan dan petua yang saya amalkan untuk membantu  memudahkan proses bersalin dengan izin Allah.

Buat pengetahuan semua, saya baru lahirkan baby yang keempat pada 23 Januari yang lalu (sekarang dalam tempoh berpantang 23 hari).

Baby boy yang ke 4 

Pengalaman bersalin secara normal 3 kali dipermudahkan olehNya asbab amalan dan petua ini, membuatkan saya ingin berkongsi amalan tersebut. Semoga ianya menjadi sedikit ilmu yang bermanfaat terutama kepada ibu-ibu yang tengah mengandung 

Amalan ini diajar oleh seorang ustaz iaitu Ustaz Burhan. Untuk pengetahuan semua, Sejak mengandungkan anak kedua, saya akan berjumpa dengan Ustaz Burhan untuk menyediakan air dan minyak selusuh serta kurma apabila kandungan masuk 28 minggu. Setiap kali jumpa, Ustaz Burhan akan setiasa ingatkan amalan yang boleh diamalkan untuk mohon kepada Allah supaya dipermudahkan urusan bersalin.


Image result for ustaz burhan
Ustaz Burhan ( gambar dari sumber google)

Amalan yang di ajar adalah seperti berikut :-

1. Sediakan satu cawan air kosong, baca surah At-Tariq dari ayat 1 hingga ayat ke 7. Kemudian hembus ke dalam cawan. Minum air tersebut dan tinggalkan sedikit untuk sapu di ubun-ubun kepala serta rentap hujung rambut.
Surah At-Tariq (ayat 1 -7)


2. Sebelum tido, baca surah Al-fatihah ayat 1 -5 sambil usap kandungan dengan dari atas ke bawah (separa bulatan) mengikut arah jam. Selepas ayat ke 5, berdoa supaya kandungan selamat, dipermudahkan untuk bersalin. Kemudian, sambung ayat ke 6 hingga habis sambil usap kandungan (separa bulatan)  mengikut lawan arah jam.

Surah Al-Fatihah
Amalan ini adalah sebahagian usaha kita, selebihnya bertawakal. Amalan yang mudah serta tidak bercanggah dengan agama Islam. 


Selain itu, ustaz juga akan sediakan minyak dan air selusuh serta buah kurma ( barang ini bawa sendiri, ustaz hanya bacakan doa sahaj). Ketiga-tiga barang ini perlu di bawa dan makan serta minum di hospital. 

Saya hanya akan minum air dan minyak serta makan buah kurma ini setelah doktor menjalankan pemeriksaan dan mengesahkan yang saya akan bersalin. Jangan makan serta minum terlalu awal.


Dalam labour room, suami akan suapkan minyak, air serta kurma ni setiap 15 min. Sambil layan contraction, nganga ja mulut. Insya Allah, kurma sangat bagus untuk memberikan tenaga.

mudah bersalin
Kurma, Minyak Kelapa dan Air Selusuh
Alhamdulillah, berkatmya juga dipermudahkan urusan bersalin.

Namun, yang paling penting ialah fikiran yang positif. Yakin bahawa Allah permudahkan kerana Allah itu sifatnya MAHA BERKUASA. 


Semasa di dalam labour room, selain dari usaha yang kita dah buat jangan lupa zikir yang mudah ini. Jangan berhenti memohon kepadaNya. Tenangkan fikiran dan fikirkan yang baik-baik. 

Doa Nabi Yunus
Sekian perkongsian ringkas dari Cikgu Fatin. Semoga ilmu yang sedikit ini dapat diamalkan dan menjadi asbab urusan bersalin sahabat semua dipermudahkan dengan izinNya. Aaaamin!



Alhamdulillah.. Hamil untuk kali ke 4 tanpa perancangan!

Assalammualaikum dan Salam Sejahhtera.

Saya doakan semua pengunjung blog Cikgu Fatin dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmatiNya.

Entry kali ini, Fatin nak share tentang pengalaman apabila disahkan mengandung untuk kali ke empat. Insya Allah..

Untuk pengetahuan semua, Fatin sudah mempunyai 3 orang anak dan kesemuanya lelaki. Anak yang ketiga baru berumur 7 bulan ketika fatin disahkan hamil. Jarak antara anak pertama dengan yang kedua dan anak kedua dengan ketiga memang CUN! ngam-ngam  2 tahun. Kiranya masa baby lahir, si abang dah berusia hampir 3 tahun (2 tahun 9 bulan). Bagaimana Fatin merancang? Kita story dalam entry yang lain ya. Insya Allah.. Fatin akan share terutama kepada ibu-ibu muda diluar sana.

Anak ke 3 - Jauzi Faqih
Tetapi untuk anak yang ke empat kali ni, tercepat la pula. Dan Fatin memang mengaku selepas melahirkan Faqih (anak ke3), saya memang tidak merancang. Just go with the flow. Tapi itu bukan fokus utama entry kali ini. Entry kali ini, Fatin nak share apa yang perlu kita buat jika disahkan hamil tanpa perancangan.

Pengesahan kehamilan!

Fatin yakin ramai dikalangan wanita memang sudah mengetahui cara untuk  mengesan kehamilan. Apabila period yang selalunya regular tetapi tidak muncul pada waktu sepatutnya, kita boleh mencuba sendiri ujian kehamilan. Cara yang paling mudah ialah melalui home pregnancy test - HPT (ujian air kencing). Alat tersebut boleh dibeli difarmasi pada harga lebih kurang RM10. Waktu terbaik untuk menguji ialah pada waktu pagi sebaik sahaja bangun dari tidur.

ujian HPT
2 line yang jelas kelihatan menandakan positif hamil

Perlu ke buat ujian kehamilan sendiri?

Fatin menjawab PERLU. Kenapa? Supaya kita mengetahui bahawa diri kita sedang hamil atau tidak. Jika ujian yang dijalankan positf, bermaksud kita hamil. Kita perlu mengambil asid folik dengan segera. Disebabkan kehamilan ini adalah tanpa dirancang, bermaksud kita belum makan aid folik sebelum hamil, maka pengambilan asid folik di awal kehamilan adalah sangat penting. 

"Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bai tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesar. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil asid folik setiap hari pada masa itu"

https://www.babycenter.com.my/a1033084/asid-folik-mengapa-ia-diperlukan#ixzz4p3CTzteF


Inilah sebab utama, mengapa ibu-ibu perlu tahu sama ada mereka hamil atau tidak. Apabila Fatin disahkan mengandung, perkara pertama ialah terus membeli asid folik. Asid folik yang terbaik semestinya dalam B Complex Shaklee. 


B Complex Shaklee mengandungi Asid Folik 
Keistimewaan B Complex Shaklee

Sistem Penyerarapan Bioaktif Berpaten

Asid folik, salah satu vitamin B kritikal dan tidak mudah diserap. Maka, Shaklee membangunkan sistem penyerapan bioaktif berpaten yang menjadikan nutrien ini lebih mudah diserap untuk menyokong penyerapan. Teknologi berpaten ini adalah milik eksklusif Shaklee

B Complex Shaklee juga penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda.

Ianya lengkap dengan kesemua lapan vitamin B untuk menguatkan tubuh anda, melengkapi jurang nutrisi vitamin B

8 jenis vitamin B dalam B Complex Shaklee

  • Vitamin B12
  • Folat
  • Vitamin B6
  • Biotin
  • Asid Pantotenik
  • Niasin
  • Tiamin
  • Riboflavin

UNTUK KONSULTANSI DAN SET LENGKAP HAMIL, BOLEH HUBUNGI FATIN


Fatin Nadzirah 
019-4756156



Spotting pada minggu ke 22

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera!

Apa khabar semua pembaca Blog Cikgu Fatin. Saya doakan semuanya dalam keadaan sihat sentiasa.

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 24 kita berpuasa di bulan Ramadhan 1437H. Sekejap ja masa berlalu. Allahuakabar.. Rasanya banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki sempena Ramadhan kali ni.

Spotting pada minggu ke 22?? 




Entri kali ni saya nak berkongsi tentang pengalaman saya yang mengalami spotting atau bledding 'ringan' pada minggu lepas (22 minggu). Spotting ataupun bleeding ringan semasa hamil adalah tanda ataupun satu gejala yang tidak boleh dipandang remeh. Sebab ianya bermula kepada risiko yang lebih bahaya seperti keguguran, Nauzubillah.. Minta dijauhkan. 

Apa itu Spotting?

Spotting ialah pendarahan ringan dari faraj. Ia serupa dengan haid tetapi ringan sedikit. Warna darahnya pula berbeza dari merah ke coklat. (sumber dari babycentre)


(gambar dari sumber google)

Bagaimana boleh terjadi spotting?

Berdasarkan pengalaman saya, saya mengalami spotting disebabkan oleh terlalu aktif dan mengangkat beban yang berat. Alhamdulillah, sepanjang 22 minggu hamil, saya tidak pernah langsung mengalami spotting. Tetapi saya memang berjaga-jaga sebab doktor ada memberitahu bahawa uri saya masih berada di belah bawah. Saya tidak dibenarkan mengangkat beban yang berat dan disarankan oleh doktor agar tidak 'bersama' untuk seketika. 

Pada hari Rabu malam, saya telah mengangkat Aqil anak saya yang kedua kerana dia dah tidur, Saya tiada pilihan disebabkan tiada siapa dirumah untuk mengangkat anak saya dari rumah mak saya ke dalam kereta seterusnya membawanya masuk dari kereta ke dalam rumah saya. Kesan daripada mengangkat Aqil, saya sudah mulai nampak ada lendir merah semasa membuang air kecil. Namun, saya tak la terlalu risau. Ianya terlalu sedikit. Pada pagi Khamis, saya mendapat terdapat titik kecil spotting pada panty liner dan hampir pukul 11 pagi, ada tompokan spotting yang lebih banyak.

Hal ini membuatkan saya risau dan menghubungi suami. Memandangkan hari ini adalah hari kerja, suami pula tidak free untuk minta balik awak, saya hanya pergi mendapatkan pemeriksaan doktor di klinik yang berhampiran sahaja, Klinik Jammy. Selepas menceritakan apa yang terjadi, doktor memeriksa tekanan darah dan scan baby. Alhamdulillah, semuanya ok. Denyut jantung normal, saiz pun normal dan keadaan uri sahaja sedikit bawah. Namun, doktor bagitau tak la perlu terlalu risau. Insya Allah, uri tak terlalu bawah dan akan naik semula. Doktor tidak memberikan sebarang ubat cuma MC untuk berehat. 



Nasihat saya kepada semua ibu hamil, sila pastikan kesihatan diri anda dalam keadaan baik. Sentiasa alert  tentang perubahan pada diri kita. Jangan terlalu memandang remeh dan tunggu hingga berasa sakit dahulu baru nak jumpa doktor. Kita tak tahu apa yang berlaku di dalam sana.

Selain rehat, ibu-ibu perlu mendapatkan nutrien yang lengkap untuk keperluan ibu dan anak. Anak yang sihat lahir dari ibu yang yang sihat. Ingin dapatkan keperluan nutrien lengkap ibu hamil boleh hubungi saya.



Set Nutrien Lengkap untuk Ibu Hamil

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Fatin untuk:-

 FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
FATIN NADZIRAH
Shaklee ID : 1107682
019-4756156 (Call, SMS, WhatsApp)


Selamat Ulang Tahun Ke 6 Suamiku Jazi Imran Bin Jaafar

Assalammualaikum dan salam Sejahtera

Saya doakan semua pengunjng blog Cikgu Fatin sentiasa sihat dan berada di dalam rahmatNya.

Hari ini, 10 Jun 2016 genap 6 tahun usia perkahwinanan saya dan suami. Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat kurniaannya kepada keluarga kecil kami.



Perkenalan di SMK Malim Nawar pada akhir tahun 2007 menemukan jodoh kami berdua. Bagaimana kisah cinta kami? Biarlah rahsia dahulu. Ada juga kenalan rapat yang mengetahuinya. Pastinya, bagi saya kisah itu adalah kisah yang unik. Saya akan ingat sehingga ke akhir hayat saya.

Setalah enam tahun melayari bahtera rumah tangga, Alhamdulillah,.. kami dikurniakan 2 orang anak lelaki Jauzi Abqari (5 tahun) Jauzi Aqil ( 2 tahun 6 bulan) dan sekarang saya sedang mengandung anak ke-3 (5 bulan). 

Kami bukanlah pasangan yang seperti yang diperkatakan oleh orang lain 'Sama Cantik, Sama Padan'. banyak perbezaan antara kami. Tetapi saya percaya, perbezaan inilah yang menjadikan kami saling melengkapi. 

Doakan kebahagian kami hingga ke akhir hayat. 

Saya juga doakan semoga semua pembaca blog Cikgu Fatin sentiasa bahagia. 

Jom kita tengok sedikit koleksi gambar-gambar zaman muda-mudi Cikgu Fatin dan Cikgu Jazi